PERBANKAN Islam ialah perbankan yang berlandaskan undang-undang Islam (syariah), iaitu fiqh muamalat (peraturan Islam dalam transaksi). Kesemua peraturan dan amalan di dalam fiqh muamalat berasal dari al-Quran dan al-Sunnah dan sumber undang-undang Islam sekunder yang lain. Antaranya seperti kesepakatan pendapat oleh ulama mujtahid tentang sesuatu hukum syariah (ijmak), menyamakan perkara baru yang tiada nas secara analogi (qias) dan hasil usaha daripada para mujtahid dalam merumuskan sesuatu hukum dan nilai melalui kaedah istinbat (ijtihad). (http://www.bankinginfo.com.my)
Usaha awal penubuhan perbankan Islam di Malaysia bermula seawal penubuhan Tabung Haji pada November 1962 yang telah memulakan operasinya pada 30 September 1963.
Kejayaan Tabung Haji mendorong pelbagai pihak untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan agar menubuhkan sebuah bank Islam sepenuhnya. Gerakan ini adalah hasil pelbagai perbincangan dan kajian demi kajian yang akhirnya menghasilkan rumusan bahawa wujudnya keperluan menubuhkan sistem perbankan yang berteraskan syariah.
Gelombang ini turut dicetuskan di peringkat antarabangsa di mana usul untuk menubuhkan bank Islam di negara-negara Islam telah dibincang dalam Mesyuarat Kedua Menteri-Menteri Luar Negara Islam dalam tahun 1971. (www.bankislam.com.my)
Hasilnya, Kabinet meluluskan penubuhan bank Islam yang pertama pada tahun 1983 yang dikenali sebagai Bank Islam Malaysia Berhad yang dikawalselia di bawah Akta Perbankan Islam 1983.
Setelah lebih kurang 10 tahun bank Islam pertama beroperasi, industri perbankan Islam melakar satu lagi sejarah di mana pada tahun 1993 diwujudkan Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF).
Melalui skim ini, institusi perbankan konvensional dibenar menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam menggunakan prasarana yang sedia ada termasuk kakitangan dan cawangan. (Bank Negara Malaysia (BNM) dan Sistem Kewangan di Malaysia Perubahan Sedekad 1989-1999).
Walau bagaimanapun, berkuatkuasa 1 Disember 1998, SPTF ditukar kepada Skim Perbankan Islam (SPI) kerana penggunaan istilah SPTF tidak mencerminkan penampilan sebenar operasi perbankan Islam yang dilaksanakan oleh institusi perbankan.
Sistem kewangan dan perbankan Islam di Malaysia telah menunjukkan perkembangan dan peningkatan yang memberangsangkan. Sebelum 1993, Malaysia hanya mempunyai sebuah bank Islam dengan 36 cawangan yang terhad.
Namun selepas kerajaan memperkenalkan SPTF pada 1993, perbankan Islam boleh diperoleh dihampir 2,500 cawangan bank Islam, bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan.
Alhamdulillah, industri perbankan Islam kini diperkukuhkan lagi apabila institusi perbankan konvensional yang menawarkan SPI diberi pilihan untuk mengubah operasi SPI mereka kepada sebuah bank Islam sepenuhnya.
Bagi menyemarakkan lagi perkembangan industri perbankan Islam ini pihak kerajaan juga menawarkan lesen perbankan Islam kepada bank-bank asing.
Pada tahun 2008, pendapatan yang dijana oleh industri perbankan Islam mencatatkan pencapaian yang sangat memberangsangkan. Ia memperoleh pendapatan kasar melebihi RM9 bilion dan kini aset perbankan Islam telah menghampiri RM300 bilion.
Bagi menjamin pematuhan syariah, semua bank Islam perlu menubuhkan Jawatankuasa Syariah bagi membimbing mengenai hal-hal Syariah dan memastikan bahawa fungsi bank tersebut adalah mematuhi kehendak syariah.
Selain itu, Majlis Penasihat Syariah iaitu badan syariah tertinggi yang ditubuhkan di BNM diwujudkan bagi memastikan keseragaman dalam pendapat dan amalan.
prinsip syariah
Perbankan Islam adalah perbankan yang menawarkan produk-produk kewangan yang berteraskan prinsip-prinsip syariah. Konsep dan mekanisme operasi telah berubah daripada konsep pinjam meminjam yang menjadi teras sistem perbankan konvensional kepada konsep jual beli, perkongsian, kerjasama dan sebagainya.
Di antara konsep-konsep syariah dalam perbankan Islam yang diaplikasi dalam pelbagai produk perbankan Islam ialah Wadiah (Simpanan) yang digunakan dalam produk-produk berasaskan deposit, Mudarabah (Perkongsian keuntungan) yang digunakan dalam produk-produk berasaskan pelaburan, Bai' Bithaman Ajil - BBA (Penjualan dengan harga tertangguh) yang diaplikasikan dalam pelbagai produk pembiayaan.
Murabahah seperti mana BBA, Musyarakah (Usaha sama) yang diaplikasikan dalam produk pembiayaan usaha sama, Ijarah Thumma Bai' (Sewa Beli) yang lazimnya digunakan dalam membiayai barangan pengguna terutama- nya pembiayaan kenderaan dan sebagainya.
Bermula dengan satu bank dengan produk yang terhad dan ringkas, kini Perbankan Islam telah mampu memenuhi keperluan semasa umat. Ia kini bukan lagi satu alternatif tetapi satu kewajipan terutamanya ke atas umat Islam untuk menyokong produk-produk perbankan Islam.
Ini kerana perbankan Islam dari sudut produk telah berupaya menawarkan lebih 40 jenis produk yang berdaya saing dan kreatif yang merangkumi produk-produk berkaitan deposit seperti akaun simpanan, akaun semasa, akaun pelaburan dan sebagainya, pembiayaan perumahan, pembiayaan kenderaan, pembiayaan peribadi, sewaan dan sebagainya mahupun pelaburan seperti Deposit Murabahah Berstruktur.
Sistem Perbankan secara Islam berbeza dengan Sistem Perbankan Konvensional dan ia boleh dilihat kepada konsep dan operasinya. Perbezaan utama di antara perbankan Islam dan perbankan konvensional ialah perbankan Islam mesti berlandaskan syariah.
Perbankan Islam juga mesti mengelakkan aktivitinya daripada unsur-unsur yang diharamkan seperti riba, gharar (ketidakpastian yang berlebihan), perjudian dan penipuan. Manakala sistem konvensional muamalatnya dijalankan secara riba dan tidak mengambil kira unsur-unsur keadilan dalam transaksinya.
Mengumpul keuntungan
Dari sudut objektif, perbankan konvensional menerusi pelbagai aktivitinya adalah mengumpul keuntungan peribadi ataupun kumpulan tertentu seperti pihak pemegang saham. Usaha digembleng hanya bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan tanpa mengambil kira kesan dan akibat kepada umat.
Hal ini berbeza dengan sistem Perbankan Islam di mana dari sudut teorinya adalah untuk menjamin kemaslahatan dan kesejahteraan umat khususnya dalam perkara yang berkaitan sosioekonomi umat Islam.
Ini dapat dilihat apabila perbankan Islam tidak mengamalkan riba yang memang jelas menindas dan menzalimi terutamanya golongan yang lemah.
Dosa riba ini telah disepakati oleh seluruh ulama akan pengharamannya dan ia termasuk dalam kategori dosa besar. Malah riba diharamkan oleh semua agama. Allah melaknat mereka yang melibatkan diri dengan riba.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Rasulullah SAW. melaknat pemakan riba, pemberinya, dua orang saksinya dan juru tulisnya." (riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, An Nasa'i dan Ibn Majah)
Riba adalah salah satu dosa besar. Ia berdasarkan hadis nabi SAW maksudnya: "Jauhilah tujuh dosa besar, syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi adil)." (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Terlibat dengan riba menjadi sebab mendapat kemurkaan Allah SWT. Pemakan dan pemberi riba sebenarnya mereka memerangi Allah SWT dan Rasul-Nya sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya. (al-Baqarah: 278).
Begitu juga jika dilihat dari sudut hubungan di antara pelanggan dengan pihak bank. Bank konvensional hanya terhad kepada hubungan antara pemiutang dan peminjam sahaja. Tetapi di dalam perbankan Islam, hubungan lebih kepada kebersamaan di mana sebagai contoh di bawah konsep Musyarakah, pihak bank dan pelanggan adalah rakan kongsi untuk melaksanakan satu-satu projek dan sebagainya.
Ini selaras dengan falsafah di sebalik pinjaman dalam Islam iaitu untuk memenuhi keperluan seseorang yang dalam kesusahan, memupuk semangat tolong menolong dan untuk menyuburkan kasih sayang di antara satu sama lain.
Dengan mengenakan caj tambahan yang kadang-kadang berkali ganda seperti yang dilakukan oleh perbankan konvensional melenyapkan nilai-nilai mulia ini malah dengan amalan riba ini telah menyuburkan sikap mengeksploitasi dan menindas golongan yang sedang dalam kesusahan.
Akhirnya lahirlah manusia yang tamak, mementingkan kepentingan sendiri dan menjadi hamba kepada harta.
Biar pun telah wujud sistem kewangan yang berasaskan prinsip Islam, namun, masih ada di kalangan umat Islam hari ini yang masih terlibat dengan perbankan konvensional. Mereka mencipta 1,001 alasan untuk mengelak terlibat dengan Sistem Kewangan Islam seperti produk-produk yang ditawarkan oleh Perbankan Islam mahal harganya jika dibandingkan dengan produk-produk syarikat konvensional.
Sebagai Muslim yang beriman, sudah pasti kita ingin memastikan apa yang dilakukan seharian selari dengan kehendak dan prinsip-prinsip Islam.
Namun, adakah kita sedar, dengan melibatkan diri dengan perbankan konvensional, kita mendedahkan diri kita dengan dosa riba di mana Allah dan Rasul-Nya telah mengisytiharkan perang ke atas orang-orang yang terlibat dengan riba tidak kiralah sama ada pemberi, penerima, penulis perjanjian berkaitan riba dan sebagainya.
Adakah kita masih ingin melibatkan diri dengan dosa besar tersebut sedangkan sudah ada pilihan.
Mengajak manusia melaksanakan ekonomi Islam dan beramal dengannya merupakan suatu ibadah yang pasti mendapat ganjaran baiknya di sisi Allah SWT. Persoalannya, adakah kita benar-benar ingin melaksanakannya atau mengharap orang lain melunaskan 'tugasan' tersebut bagi pihak kita.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm
KEMBARA MINDA
Thursday, December 30, 2010
Wednesday, December 29, 2010
PLURALISME
seiring dengan maraknya proses liberalisasi sosial politik menandakan untuk nya lahir dari tatanan dunia abad moden, dan disusuli oleh liberalisasi atau globalisasi (penjajahan model baru) ekonomi, wilayah agama pun [adalah] pada gilirannya dipaksa perlu membuka untuk membebaskan diri itu. Di antara isu mendapatkan perhatian yang cukup dominan dan besar sepanjang zaman adalah masalah agama agama atau pluralitas. Isu ini merupakan fenomena yang hadir di tengah-tengah pelbagai mendakwa kebenaran mutlak (mutlak kebenaran tuntutan) antara agama adalah yang saling depecting lain. Isu pluralitas agama ini juga [adalah] sering ditempatkan oleh sebagai pemberi saham yang cukup besar dan bahkan menjadi faktor utama dalam menciptakan iklim stres atau konflik agama yang tidak jarang datang dengan warna kejam, keras, perang dan pembunuhan, bahkan lumba menyapu. Satu sisi teknologi komunikasi maklumat moden dan menjadi kata ini hampir seperti global desa. Lain untuk pelbagai gerakan di samping membangkitkan dan kumpulan agama, telah menambah situasi yang menakutkan dan tegang. Ditambah lagi pada ketinggian gelombang dan arus penghijrahan dari pemeluk agama "Timur", khususnya Islam PEO nya / pasifikasi atas Beberapa latar belakang di atas merupakan faktor muncul pendapat dan wacana dari sejumlah teori pluralisme agama [dari] seperti Sekuler humanisme, Teologi Global, Singkretism Dan Shophia perennis Seiring dengan oftime biarawati, pluralisme agama yang awalnya terutama di awal abad ke-18 hanya mewakili wacana, dan berkembang di Eropah, namun pada abad ke 20 berkembang dengan merambah kelajuan penuh masukkan pendapat tokoh muslim dan Timur telah menjadi tema begitu banyak kegiatan diskusi ilmiah. Tapi penampilan opini memahami pluralisme agama juga dihasilkan pro dan kontra dan juga mengintip keluar pelbagai rawatan [dari] berbagai kalangan misalnya berasal dari pemikir yang baik dan tokoh agama dari penganut Khatolik, lebih daripada nombor muslim. Hal ini disebabakan oleh kerana pemahaman pluralisme agama akan dianggap telah datang ke dalam kenalan dengan dan bahkan lari dengan doktrin agama dianggap sangat utama.
PLURALISME DAN PENDIRIAN ISLAM
Oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin dzcsyifa@streamyx.com
PETIKAN DARI WEB : http://danialzainalabidin.com
PETIKAN DARI WEB : http://danialzainalabidin.com
Konsep pluralisme ialah konsep kesamaan dalam kepelbagaian agama. Konsep ini menekankan bahawa semua agama adalah sama dan menuju kepada kemuncak kebenaran yang sama. Bagi penganut-penganut aliran ini, agama-agama besar di dunia seperti Islam, Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu dan yang seumpamanya, mempunyai dua struktur utama, iaitu, eksoterik (aspek luaran / zahir) dan esoterik (aspek dalaman / batin). Agama-agama ini, menurut mereka, hanya berbeza pada aspek luaran atau zahirnya sahaja, sedangkan pada aspek dalamannya ia adalah sama, iaitu menuju pada tuhan yang satu.
Sebagai contoh, sekiranya umat Islam menunaikan ibadat dengan cara bersolat di masjid, penganut agama Buddha beribadat dengan membaca mantera-manteranya di kuil, dan penganut-penganut Kristian pula hadir dan bertafakur di gereja pada setiap hari Ahad, dan begitulah seterusnya. Justeru, menurut mereka, kesemua bentuk ibadat itu adalah benar dan diiktiraf kerana kesemuanya menuju kepada satu ‘kebenaran yang hakiki’, iaitu Tuhan. Bagi umat Islam Tuhannya ialah Allah, manakala bagi penganut Kristian Dia adalah Jesus, dan begitulah seterusnya.
Antara tokoh yang mempopularkan isme ini ialah Ernst Troeltsch (1865-1923), Arnold Toynbee (1889-1975), Wilfred Cantwell Smith (1916-2000) dan John Harwood Hick (1922-sekarang). Pengaruh isme ini begitu kuat sehinggakan segelintir umat Islam sudah mengimani konsep ini pada hari ini. Sebagai contoh, seorang tokoh Islam Liberal di Indonesia yang bernama Ulil Absar Abdalla, tanpa segan silu lagi menyatakan bahawa “Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran. Jadi, Islam bukan yang paling benar.” Hal ini dilaporkan dalam majalah Gatra, 21 Disember 2002.
Islam menghormati semua agama tetapi ia tidak bersetuju dengan aliran yang mengatakan bahawa semua agama adalah sama. Sebagai contoh, pada 29hb Julai 2005, Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwanya yang memutuskan bahawa aliran pluralisme adalah bertentangan dengan Islam. Fatwanya berbunyi, “Pluralisme agama adalah suatu faham yang mengajarkan bahawa semua agama adalah sama dan kerananya kebenaran setiap agama adalah relatif. Oleh sebab itu, setiap pemeluk agama tidak boleh (mendakwa) bahawa hanya agamanya saja yang benar sedangkan agama yang lain salah…… Pluralisme…. sebagaimana dimaksudkan pada bahagian pertama adalah (kefahaman) yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.”
Apakah Alasannya Islam Menolak Pluralisme?
Secara logiknya, jika kesemua agama adalah sama mengapakah nabi Muhammad perlu diutus untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya? Mengapakah nabi perlu menentang penyembahan berhala yang dilakukan oleh golongan Arab ketika itu sehingga mendatangkan kesusahan ke atas diri sendiri? Mengapakah pendeta Yahudi yang bernama Abdullah bin Salam memeluk Islam di zaman nabi dan hal ini diterima nabi dengan penuh kesyukuran? Mengapakah nabi mengutus surat kepada pemimpin pelbagai negara untuk mengajak mereka kepada Islam?
Hal ini disebabkan ajaran Islam yang dibawa nabi Muhammad tidak sama dengan ajaran yang terdapat dalam agama yang lain. Konsep ketuhanan Islam tidak sama dengan konsep triniti Kristian, tidak sama dengan konsep trimurti Hindu dan yang seumpamanya.
Jika konsep ketuhanan Islam sama dengan konsep triniti Kristian, mengapakah Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 72-73 yang bermaksud, “Demi sesungguhnya, telah kafirlah orang-orang yang berkata: ‘Bahawasanya Allah ialah al-Masih anak Maryam’. Padahal al-Masih sendiri berkata: ‘Wahai Bani Israel, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu. Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan baginya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang zalim’. Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: ‘Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan’. Padahal tiada Tuhan melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari kalangan mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya”?
Demikian juga, jika benar umat Islam disuruh bertolak ansur dengan sembahan-sembahan yang dianggap sebagai jelmaan daripada Tuhan yang esa, mengapakah dalam surah an-Najm ayat 23 Allah berfirman, “Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya. Allah sekali-kali tidak menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan mengikut apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka.”?
Hal yang sama ditegaskan dalam surah az-Zumar ayat 65-66 yang bermaksud, “Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada nabi-nabi sebelummu bahawa: ‘Demi sesungguhnya, jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalanmu, dan engkau akan menjadi dari orang-orang yang rugi.’ (Janganlah menyembah yang lain daripada Allah) bahkan hendaklah engkau menyembah Allah semata-mata, dan hendaklah engkau menjadi dari orang-orang yang bersyukur”.
Golongan pluralis sering kali mengatakan bahawa pelbagai sembahan yang disembah oleh manusia mengikut agama masing-masing tidak sepatutnya menimbulkan masalah kerana tujuannya tetap sama, iaitu, untuk mendekatkan diri kepada Tuhan Yang Maha Esa. Islam tidak bersetuju dengan mereka malah dalam surah az-Zumar ayat 3-4 Allah menggelar mereka sebagai golongan musyrik yang sesat dan bukannya sebagai golongan Muslim atau Mukmin yang dimuliakan. Allah berfirman, “Dan orang-orang musyrik yang mengambil pelindung selain daripada Allah berkata: ‘Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya’. Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah kepada orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar. Kalaulah Allah hendak mempunyai anak, tentulah Dia memilih mana-mana yang dikehendakinya di antara ciptaan-ciptaannya. Maha Sucilah Dia (dari menghendaki yang demikian) itu. Dia lah Allah, Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan.”
Sebagai kesimpulannya, agama Islam menyuruh umatnya menghormati agama-agama lain. Malah umat Islam dilarang mencaci tuhan-tuhan yang disembah oleh orang lain. Namun, ia tidak bermaksud bahawa umat Islam meredai dan bersetuju dengan ajaran yang terdapat dalam agama-agama itu. Justeru, dalam surah al-Kafiruun ayat 1-6 Allah menegaskan, “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Hai orang-orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Maka untukmu agamamu, dan untukku agamaku’.” Inilah pendirian umat Islam.
Adakah Ini Bermakna Islam Tidak Boleh Bertoleransi?
Tidak bersetuju dengan sesuatu tidak bermaksud tidak boleh bertoleransi dengan sesuatu. Sebenarnya seorang Muslim tidak menjadi Muslim yang sebenarnya jika dia tidak bertoleransi dengan penganut agama lain. Hal ini disebabkan bertoleransi dan bersikap adil dengan mereka yang bukan Islam diwajibkan oleh agama Islam. Hal ini ditegaskan Allah dalam surah al-Maidah ayat 8 yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana bersikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.”
Dalam surah al-Mumtahanah ayat 8 pula Allah menyuruh umat Islam agar hidup secara baik dengan golongan bukan Islam yang tidak memerangi mereka. Allah berfirman, “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”
Sejarah membuktikan hakikat ini. Sebagai contoh, profesor T. W. Arnold dalam bukunya ’The Preaching of Islam (Low Price Publications, New Edition, India, 2002) melaporkan, “Apabila tentera-tentera Islam tiba di lembah Jordan dan panglima Abu Ubaidah mengarahkan agar khemah-khemah dipasang di Fhil, penduduk-penduduk Kristian di negeri itu telah menulis surat kepada golongan Arab Muslim ini dengan berkata, ‘Wahai orang-orang Islam, kami lebih suka jika kamu yang memerintah kami daripada pihak Rom walaupun mereka seagama dengan kami. Mereka telah merompak harta kami dan memusnahkan tempat tinggal kami’.” Hal ini disebabkan golongan Islam memang dikenali ketika itu sebagai satu golongan yang adil dan saksama termasuk terhadap golongan yang bukan Islam.
Tokoh-tokoh Islam amat mementingkan toleransi dengan golongan bukan Islam. Sejarah meriwayatkan bahawa beberapa perjanjian pernah dibuat oleh khalifah Omar al-Khattab dengan golongan bukan Islam berhubung hak-hak mereka. Antaranya, seperti yang disebutkan dalam kitab Tarikh at-Tabari (Dar al-Maarif, jilid 3) iaitu, “Keselamatan jiwa dijamin, demikian juga dengan harta benda, gereja-gereja dan tempat ibadah mereka. Gereja-gereja mereka tidak akan diduduki, tidak akan diruntuhkan dan dikurangkan. Harta benda gereja tidak akan diambil dan tanda-tanda salib dibiarkan. Mereka tidak akan ditindas kerana perbezaan agama, dan tidak ada sesiapapun dari kalangan mereka yang akan disakiti…”
Sejarah juga menceritakan berhubung perjanjian yang pernah dibuat oleh panglima Khalid al-Walid dengan golongan bukan Islam, iaitu, “Mereka berhak membunyikan loceng-loceng gereja pada bila-bila masa yang mereka suka kecuali pada waktu sembahyang (orang-orang Islam). Mereka juga boleh mengeluarkan tanda salib mereka pada hari perayaan mereka.” Hal ini dilaporkan dalam kitab Al-Kharaj karangan Imam Abu Yusuf.
Tambahan daripada itu, dalam kitab al-Islam wa Ahlul Zimmah karangan Dr. Ali Husni Al-Kharbutli, dilaporkan bahawa pembinaan rumah-rumah ibadah golongan bukan Islam meningkat pada zaman pemerintahan Islam. Maqrizi berkata, “Kebanyakan gereja di Mesir dibina pada waktu pemerintahan Islam tanpa ada sebarang perbezaan pendapat.”
Sebagai contoh, gereja Mar Marcus yang terkenal di Iskandariah, Mesir, dibina antara tahun 39-56 hijrah. Gereja yang pertama di bandar Fustat pula dibina antara tahun 48-68 hijrah. Semua pembinaan ini berlaku di zaman pemerintahan Islam.
Untuk lebih memahami konsep toleransi umat Islam, mari kita amati apa yang dikatakan oleh Robert Briffault dalam bukunya The Making of Humanity (Islamic Book Foundation, Lahore, 1980). Dalam bab Dar al-Hikmet, beliau berkata, “Di bawah konsep toleransi agama (Islam) golongan Kristian hidup penuh kebebasan di bawah pemerintahan khalifah Islam di Sepanyol.. Pelajar-pelajar Kristian dari pelbagai pelosok Eropah datang ke negara Arab ini untuk belajar. Alvaro, seorang paderi kanan di Cordova, menulis pada abad ke-9 Masihi, ‘Kesemua pelajar Kristian yang berbakat ini mengetahui bahasa dan kesusasteraan Arab. Mereka membaca dengan penuh minat buku-buku karangan orang Arab dan berasa amat kagum dengan kesusasteraannya’.”
Golongan Yahudi juga mendapat manfaat daripada sikap toleransi ini. Berhubung dengan ini Robert Briffault dalam buku yang sama berkata, “Sikap toleransi orang-orang Islam di bawah pemerintahan khalifah juga dirasai oleh orang-orang Yahudi. Mereka kemudiannya memperkembangkan budaya hidup orang-orang Islam ke kawasan-kawasan ceruk yang tidak mengenali erti tamadun… Mereka membina banyak sekolah, antaranya sekolah Kimhis dan Ben Esra di Narbonne, dan di situ mereka mengajar ilmu sains Arab di samping menterjemahkan pelbagai buku karangan orang-orang Arab…”
Tidakkah ini menunjukkan bahawa agama Islam amat bertoleransi dengan golongan bukan Islam? Inilah sebenarnya yang diajar oleh Allah dan Rasulnya. Justeru kita boleh hidup secara aman penuh toleransi dalam perbezaan dan kepelbagaian.
Subscribe to:
Comments (Atom)